Popular Posts

Sunday 1 May 2011

Sumpah Dan Cara Nya Menurut Al-Quran.

Salam sejahtera.

BERSUMPAH?

Semua orang pernah dengar perkataan bersumpah. Tetapi tahu kah kita apa itu bersumpah? Apa makna bersumpah? Apa tujuan bersumpah?

Bersumpah ini sebenarnya adalah AKU JANJI DIRI. Apa yang dimaksudkkan dengan Aku Janji Diri ini? Sebagai contoh, kita ambil pemimpin pemimpin negera. Sebelum mereka boleh memegang jawatan dan menjalankan tugasan masing, mereka diwajibkan mengangkat sumpah atau memberi Aku Janji Diri untuk menjalankan tugasan dengan jujur, amanah dan menyimpan rahsia kerajaan.Begitu juga dengan wakil wakil rakyat dan semua kaki tangan kerajaan ( penjawat awam ) wajib mengangkat sumpah. Siapa lagi yang patut mengangkat sumpah ini? Saksi saksi dimahkamah, orang yang menuduh atau yang kena tuduh.

Persoalan nya, bagaimanakah cara nya mengangkat sumpah ini mengikut ajaran ISLAM?

Sebagai orang ISLAM, panduan kita adalah Al-Quran. Kita hanya perlu membaca dan memahami Al-Quran itu. Didalam Al-Quran, ALLAH memberikan perumpamaan perumpamaan, contoh contoh untuk kita mengikutinya. MUDAHKAN. TAPI....MASAALAHNYA...Kita malas membaca. Apa lagi untuk memahaminya.

Kitab  (Al-Quran ) ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang bertakwa.

Bacalah dengan nama Tuhan mu yang menciptakan,

Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah,

Bacalah, dan Tuhan mu lah Yang Maha Mulia,

Yang mengajar dengan pena.

Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.

Jadi, marilah kita sama sama membaca dan insyaALLAH, kita akan dapat jawapan bagaimana sepatutnya sumpah itu dilaksanakan.

Didalam surah An-Nur :

Dan orang orang orang yang menuduh perempuan perempuan yang baik dan mereka tidak mendatangkan empat (4) saksi, maka deralah mereka delapan puluh kali  dan janganlah kamu terima kesaksian mereka untuk selama lama nya. Mereka itulah orang orang yang fasik.

Dan orang orang yang menuduh isterinya, pada hal mereka tidak mempunyai saksi saksi selain diri mereka sendiri, maka kesaksian  masing masing  orang itu ialah empat (4) kali bersumpah dengan ALLAH, bahawa sesungguhnya dia termasuk orang orang yang berkata benar.

Dan yang kelima bahawa LAKNAT ALLAH akan menimpanya jika dia termasuk orang orang yang berdusta.

Kalau kita baca dan fahami betul betul ayat ayat diatas tadi, kita akan dengan mudah memahami maksudnya. Bahawa sesungguhnya ini lah CARA BERSUMPAH YANG DI TUNTUT DALAM ISLAM. Ayat ayat tadi dan tuduhan kepada perempuan perempuan yang baik atau isteri adalah sebagai contoh atau perumpamaan.


Kita wajib ulangi sumpah kita itu sebanyak empat (4) kali dan yang kelima kalinya, kita wajib melafazkan LAKNAT ALLAH atas kita kira nya kita .......................................


Sumpah sebegini lah yang wajib kita ikrarkan didalam apa jua majlis angkat sumpah. Kesan nya cukup hebat bila sumpah ini di ingkari olih mereka yang menggangkat sumpah tadi. Bayangkan LAKNAT ALLAH........


Fikirkan lah.....Fikirkan lah......Sanggup??????


Salam.







  


.